
Anda ingin meningkatkan kefahaman dan kemahiran mengenai sistem, teknik dan cara membaiki telefon bimbit dan seterusnya memulakan bisnes baik-pulih telefon bimbit dengan lebih ringkas, padat, cepat dan tepat???
Siapa yang patut hadir ke Kursus Kemahiran Membaiki Telefon Bimbit ini?
Kursus ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang merupakan:
Individu yang berminat!
Graduan-graduan yang menganggur
Pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja!
Belia menganggur
Pemilik-pemilik kedai telefon bimbit!
Individu yang berumur 16 tahun ke atas
PENGENALAN KURSUS
Bidang membaikpulih telefon bimbit
adalah gabungan diantara pengetahuan berkenaan telefon bimbit dan
kemahiran menggunakan peralatan membaikpulih. Pengetahuan disini adalah
merangkumi struktur asas sesebuah telefon bimbit, teknologi yang diguna
pakai, fungsi-fungsi yang terdapat pada telefon bimbit dan juga
aplikasi-aplikasi yang digunakan.
Manakala kemahiran yang dimaksudkan
adalah kebolehan menggunakan peralatan membaikpulih barangan elektronik
khususnya telefon bimbit seperti solder iron, blower, multimeter, power
supply dan juga perisian untuk tujuan membaikpulih telefon bimbit.
Jadi, kursus ini telah disusun supaya
dapat memenuhi keperluan diatas iaitu dengan mengimbangkan diantara
topik yang mengandungi teori dengan latihan amali supaya dapat memberi
kesan yang lebih kepada peserta. Diawal kursus peserta akan didedahkan
dengan konsep asas berkaitan telefon bimbit supaya dapat memberi
gambaran awal melakukan proses baikpulih. Dalam topik ini juga, peserta
akan didedahkan dengan amalan-amalan yang betul semasa melakukan kerja
membaikpulih peralatan elektronik supaya dapat dijadikan panduan.
Seterusnya peserta akan didedahkan
dengan cara-cara menggunakan peralatan membaikpulih dan bagaimana untuk
mengukur atau memastikan hasil kerja mencapai “standard” atau tahap yang
boleh diterima. Kemudian peserta juga akan didedahkan dengan penggunaan
perisian komputer dalam menjalankan kerja membaikpulih telefon bimbit.
Akhir sekali, peserta akan diajar dengan
teknik ataupun kemahiran mengesan kerosakan dengan menggunakan
peralatan yang sesuai. Peserta juga akan didedahkan dengan
masalah-masalah yang sering dihadapi dan cara untuk menyelesaikannya
supaya dapat dijadikan panduan. Topik ini juga merupakan rumusan kepada
keseluruhan perjalanan kursus kerana ia merangkumi kesemua kemahiran dan
pengetahuan yang telah diajar diawal kursus seperti penggunaan solder
iron, blower, multimeter dan juga perisian komputer yang berkaitan dalam
usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sesebuah telefon bimbit.
OBJEKTIF & MATLAMAT KURSUS
- Menjana pendapatan sampingan setiap bulan menggunakan kemahiran yang telah diperolehi
- Memberikan kefahaman tentang fungsi dan kegunaan setiap komponen telefon untuk dijadikan panduan ketika membaiki telefon
- Membantu menjana ekonomi individu yang berpotensi menceburi bidang yang menguntungkan ini
- Melahirkan usahawan pintar dalam waktu yang singkat dengan berkemahiran tinggi dan berdaya saing
- Membina perniagaan di rumah atau di mana sahaja!
- Peluang memulakan perniagaan sendiri dengan modal dan kos operasi yang rendah
MODUL & KANDUNGAN KURSUS
Kursus Membaiki Telefon Bimbit ini menggunakan kaedah TEORI dan LATIHAN AMALI melalui MODUL LATIHAN kami untuk memastikan kefahaman dan kemahiran 100% dapat diberikan kepada peserta kursus!
TENTATIF KURSUS
Kursus ini dijalankan secara komprehensif selama DUA (2) hari dan penyertaan adalah TERHAD KEPADA HANYA 4 PESERTA SAHAJA untuk setiap sesi untuk memastikan setiap peserta dapat mahir dalam masa dua hari kursus ini.
Tentatif kursus adalah seperti berikut:
*Hari Pertama (Sabtu) : 0830 – 1730*Hari Kedua (Ahad) : 0900 – 1730

TEMPAT LATIHAN
Kursus ini dijalankan di Pusat Latihan kami iaitu di:LOT 877,
TINGKAT 3, PLAZA ALAM SENTRAL,
SEKSYEN 14, 40000 SHAH ALAM,
SELANGOR.
TRAINER
Sedikit latar-belakang tentang trainer Kursus Membaiki Telefon Bimbit:
Trainer, En. Nor Ardilan Syah
Abdullah merupakan pengerusi Koperasi Peniaga Rangkaian Telekomunikasi
Terengganu Berhad (KOPPRAT). Beliau juga adalah pengasas dan juga
pemilik Syarikat DLAN GROUP, sebuah perniagaan rangkaian maklumat &
telekomunikasi (ICT) yang mengusahakan pelbagai aktiviti yang berkaitan
penyambungan, pemasangan dan pengoperasian pelbagai peralatan komunikasi
dan berkerjasama rapat dengan syarikat multinasional tempatan Telekom
Malaysia (TM). Berpengalaman luas sebagai Pelatih Kursus Membaiki
Telefon Bimbit di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia seperti di Kolej
Komuniti dan Politeknik.
SERTAILAH KURSUS MEMBAIKI TELEFON BIMBIT SEKARANG !!TAWARAN HEBAT UNTUK ANDA !!
YURAN KURSUS ISTIMEWA : RM400
(Kelengkapan baik-pulih telefon bimbit disediakan untuk tujuan praktikal semasa kursus iaitu Rework Toolsets, Multimeter, Blower, Solder dan Power Supply)DENGAN YURAN TOTAL KURSUS HANYA RM400 INI, ANDA AKAN MENDAPAT:
![]() |
MODUL PRAKTIKAL YANG HEBAT DARI KAMI SEBAGAI PANDUAN ANDA!! |
![]() |
ILMU DAN KEMAHIRAN TENTANG BAIK PULIH TELEFON BIMBIT KESELURUHANNYA |
![]() |
BAIKI TELEFON BIMBIT ANDA SENDIRI ATAU..ANDA BOLEH MENGAMBIL UPAH MEMBAIKI TELEFON BIMBIT! |
![]() |
MEMBUKA PERNIAGAAN TELEFON BIMBIT ANDA SEGERA DENGAN MENGGUNAKAN ALATAN YANG DIBELI! |
![]() |
BERKONGSI KEMAHIRAN YANG ANDA PEROLEHI KEPADA ORANG LAIN PULA..KREDIT UNTUK ANDA!! |
![]() |
SEMESTINYA, ANDA AKAN MENDAPAT SIJIL PENYERTAAN KURSUS MEMBAIKI TELEFON BIMBIT DARIPADA KAMI!! |
![]() |
GUNA SIJIL INI UNTUK BEKERJA DI MANA-MANA KEDAI TELEFON BIMBIT BERDEKATAN JIKA ANDA MAHU!! |
Hubungi kami segera untuk sebarang soalan mengenai kursus yang ditawarkan!
CLICK HERE FOR MORE INFO