Program PROSPER TERAS diwujudkan untuk membangun dan membantu usahawan peruncit Bumiputera meningkatkan penglibatan mereka dalam sektor ekonomi negara dan menjadi penyumbang kepada pembentukan sebuah masyarakat berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Objektif
- Menaiktaraf dan memodenkan perniagaan runcit usahawan Bumiputera melalui susun atur produk, pilihan produk dan sistem bersepadu.
- Memberi pendedahan kepada usahawan Bumiputera tentang selok-belok perniagaan, aplikasi kaedah pengurusan dan operasi yang teratur lagi sistematik.
1. Pembiayaan
Ciri-ciri pembiayaan yang disediakan untuk membantu usahawan mengembangkan perniagaan ialah:
- Pembiayaan berlandaskan Shari’ah berbentuk tunai untuk tujuan ubahsuai premis, modal kerja dan keperluan tunai yang berkaitan.
- Pembiayaan berlandaskan Shari’ah untuk pembelian aset tetap, stok barangan dan keperluan aset yang berkaitan.
- Jumlah pembiayaan dari RM50,000 sehingga maksimum RM500,000
- Tempoh pembiayaan dari 2 - 7 tahun
- Sumbangan modal sekurang-kurangnya 10% dari jumlah kos projek
PUNB turut menyediakan perkhidmatan perkhidmatan seperti berikut:
- Khidmat Nasihat & Pemantauan Menyediakan khidmat nasihat dan pemantauan ke atas pengurusan dan operasi syarikat untuk membentuk urus tadbir korporat yang cemerlang.
- Pembangunan Usahawan dan Latihan Pembangunan usahawan dan latihan juga disediakan yang merangkumi aspek pengurusan kewangan, pemasaran, tadbir urus korporat, motivasi dan pengurusan am.
- Jaringan Perniagaan Membantu menyediakan peluang untuk usahawan meluaskan skop jaringan perniagaan melalui program dan aktiviti yang dikenal pasti.
1. Usahawan
- Bumiputera
- Berumur 18 tahun ke atas
- Mempunyai ciri-ciri keusahawanan unggul seperti kejujuran, keyakinan diri, berdaya tahan, berfikiran positif, kreatif dan disiplin diri yang tinggi
- Sanggup mengikuti kursus-kursus yang dikenal pasti
- Mempunyai rekod kewangan yang memuaskan dengan institusi kewangan
- Sanggup bekerja sepenuh masa
- Perniagaan 100% milik Bumiputera
- Jenis perniagaan persendirian, perkongsian atau syarikat Sdn. Bhd
- Perniagaan sedia ada dan telah beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun
- Perniagaan yang berdaya maju
- Automotif
- Bahan-bahan binaan
- Telekomunikasi
- Profesional
- Pasar Mini (Berskala besar)
- Atau mana-mana sub-sektor industri peruncitan yang dikenal pasti mempunyai nilai tambah dan komersil yang tinggi
- Langkah 1 - Pendaftaran & sesi Ujian Kesesuaian Keusahawanan
- Langkah 2 - Bengkel rancangan perniagaan (ditawarkan sebagai pilihan)
- Langkah 3 - Penyerahan rancangan perniagaan dan penilaian awal
- Langkah 4 - Pembentangan cadangan perniagaan
- Langkah 5 - Kelulusan pembiayaan