Syarat-syarat Memohon
-
Pemohon hendaklah terdiri daripada 100% Bumiputera luar bandar; tidak
termasuk kontraktor binaan dan pengusaha-pengusaha dalam bidang trading.
- Pemohon hendaklah berusia sekurang-kurangnya 18 tahun dan tidak melebihi 55 tahun mengikut bidang-bidang tertentu.
-
Pemohon hendaklah mempunyai perusahaan / perniagaan sendiri dan
mempunyai premis perusahaan/perniagaan yang berasingan daripada premis
rumah kediaman.
- Pengusaha hendaklah menjalankan perusahaan / perniagaan secara sepenuh masa dan tidak bekerja di sektor Kerajaan atau swasta.
-
Pemohon hendaklah mempunyai latar belakang pendidikan
sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf
dengannya.
- Pemohon hendaklah di kalangan yang celik huruf.
- Pemohon hendaklah belum pernah mengikuti kursus-kursus anjuran KKLW yang sama seperti dipohon.
Pembiayaan Kursus
Kursus yang dianjurkan oleh KKLW adalah dibiayai oleh KKLW bagi sepanjang tempoh berkursus meliputi perkara-perkara berikut:-
- Yuran Kursus
- Penginapan Semasa Berkursus
- Makan dan Minum Semasa Berkursus
Manakala, kos perjalanan dan pengangkutan peserta kursus adalah tanggungan peserta kursus itu sendiri.
CLICK HERE FOR MORE INFO